Laman Web Bukuu ini mempunyai terma penggunaan tersendiri. Dengan mencapai sebarang bahagian daripada laman web ini, pengguna dianggap menerima terma penggunaan, polisi dan garis panduan kami.

Perilaku Dalam Talian (code of conduct)

Pengguna bersetuju untuk menggunakan laman web Bukuu untuk tujuan bukan menyalahi undang-undang. Pengguna ditegah daripada menghantar atau menyiarkan sebarang benda yang menyalahi undang-undang, yang berbentuk berbahaya, mengancam, ejekan, gangguan, fitnah, biadap, lucah, benda-benda yang berkaitan dengan seks, amalan karut, perkara yang membangkitkan kebencian, perkauman, atau perkara lain yang membangkitkan bantahan tidak terhad kepada bahan yang menggalakkan kelakuan yang menyebabkan kesalahan jenayah, menyusahkan orang awam, atau mencabul mana-mana undang-undang tempatan, negeri, negara, atau antarabangsa melalui laman web Bukuu.

Sekiranya MMSC mengenalpasti sebarang bahan yang didakwa melanggar perkara di atas, ia akan disiasat dan ditentukan dengan budi bicara sama ada untuk membuang bahan tersebut, mengarahkan pengguna terbabit membuangnya dari laman web Bukuu ataupun mengambil tindakan undang-undang. MMSC boleh menyiarkan kandungan atau sebarang bentuk komunikasi elektronik (a) untuk memenuhi keperluan atau kehendak undang-undang, peraturan, atau arahan kerajaan (b) Jika diperlukan untuk operasi MMSC; atau (c) bagi melindungi hak atau harta dan kakitangan, pengarah, agen, penyedia kandungan pihak ketiga, peniaga, penaja, pelesen atau pengguna lain.

Hak Cipta

Semua kandungan editorial, grafik, dan hasil multimedia di tapak ini dilindungi oleh undang-undang hakcipta dan undang-undang lain dan perjanjian antarabangsa, dan adalah milik MMSC dan pembekalnya. Hasil, logo, grafik, bunyi atau imej tidak boleh disalin, dibuat semula, ditiru sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, kecuali dibenarkan dengan jelas oleh MMSC.

MMSC mengalukan permohonan untuk menggunakan kandungan atau bahan dalam tapak ini. Permohonan akan dibenarkan mengikut kes dan pihak yang berminat disarankan menghantar pertanyaan melalui e-mel kepada: bukuu@mmsc.com.my

Kandungan

Semua maklumat yang terkandung dalam ini adalah tepat pada masa penerbitan. Walaupun perhatian yang teliti telah dilakukan dalam penyediaan tapak web ini, MMSC tidak bertanggungjawab ke atas sebarang ralat dan ketinggalan maklumat yang mungkin berlaku.

Pautan dalam laman web ini akan membolehkan pengguna meninggalkan Laman Web Bukuu. Laman yang dipautkan bukan di bawah kawalan MMSC dan kami tidak bertanggungjawab terhadap kandungan mana-mana laman dipautkan atau mana-mana pautan yang terkandung di dalam laman dipautkan, atau sebarang perubahan atau kemas kini kepada laman ini. MMSC hanya menyediakan pautan ini sebagai cara memudahkan pengguna, dan tidak boleh secara tersirat dianggap menyokong laman dipautkan ini.

Dasar Privasi

MMSC sedar akan keperihatinan pengguna dalam mengetahui bagaimana maklumat pengguna digunakan. Oleh yang demikian, notis ini menerangkan tentang polisi privasi kami. Dengan melawat ke Laman Web Bukuu, pengguna menerima cara guna, sebagaimana yang tertera pada Notis hal Privasi ini.

Apabila pengguna mendaftar kami akan meminta maklumat seperti nama, alamat e-mel, tarikh lahir, jantina, poskod, nombor telefon, pekerjaan, industri dan minat peribadi. Kami mengumpul maklumat ini supaya kami dapat menyediakan pengguna dengan maklumat yang berkaitan.

MMSC tidak menyewa, menjual, atau berkongsi maklumat peribadi mengenai pengguna dengan orang lain atau syarikat tidak berkaitan kecuali untuk menyediakan produk atau perkhidmatan yang pengguna minta.

MMSC mungkin mengumpul maklumat mengenai aktiviti pengguna dalam laman web ini. Kami menggunakan maklumat ini untuk analisis dalaman bagi aktiviti dalam talian kami dan juga menyediakan pengguna maklumat yang diingini dengan lebih baik.

Kami menyediakan maklumat dengan rakan pemasaran kami yang bekerja bagi pihak MMSC di bawah perjanjian kerahsiaan. Syarikat ini mungkin menggunakan maklumat peribadi pengguna untuk membantu kami berkomunikasi dengan pengguna mengenai tawaran dan promosi kami. Namun, syarikat ini tidak mempunyai hak bebas dalam menggunakan atau berkongsi maklumat ini.

Perlindungan Data

Teknologi termaju digunakan untuk mengawal sebarang data yang diberikan kepada kami dan standard keselamatan yang ketat dikekalkan untuk mengelak akses tidak diingini.

Keselamatan Penyimpanan

Untuk memastikan data peribadi pengguna selamat, semua penstoran dan pemindahan data peribadi elektronik adalah dikawal dan disimpan dengan teknologi keselamatan yang sesuai.

Penafian

Pengguna sepenuhnya memahami dan bersetuju bahawa MMSC tidak terlepas melakukan kesilapan dalam portal ini. Penggunaan ke atas Perkhidmatan adalah sepenuhnya di bawah tanggungan dan risiko sendiri. Perkhidmatan disediakan asasnya secara “SEKADAR YANG ADA” (“AS IS”) dan “SEKADAR YANG DAPAT” (“AS AVAILABLE”). MMSC sepenuh-penuhnya dan sejelas-jelasnya menafikan semua jaminan dalam apa jua bentuk, sama ada yang dinyatakan atau dilaksanakan. MMSC tidak memberi jaminan bahawa

Laman Web Bukuu tidak terganggu dan bebas daripada kesalahan;

  • kesahihan dan ketepatan isi kandungan, maklumat, perkidmatan atau lain-lain material yang disediakan
  • Laman Web Bukuu, perkhidmatan atau E-mel yang dihantar daripadanya atau yang mewakilinya bebas daripada virus dan komponen yang merosakkan. Pengguna juga dingatkan bahawa MMSC tidak terlepas daripada tersilap disebabkan kelemahan laman web oleh itu pengguna dingatkan sebarang material yang dipindah terima atau diperolehi dengan lain-lain cara menerusi penggunaan perkhidmatan yang disediakan adalah dilakukan dengan kehendak diri pengguna sendiri sepenuhnya dan bahawa pengguna akan sepenuhnya bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan terhadap sistem komputer, kehilangan data akibat daripada pindah terima sebarang material berkenaan sama Ada disebabkan oleh bencana alam, kegagalan komunikasi, pencurian, dan ketidakupayaan untuk mencapai rekod, atur cara computer atau perkhidmatan Laman Web Bukuu.